Madah-Madah Indah...
yang akan ku abadikan sebagai kenangan bersama...
Friday, 11 January 2013
Tuesday, 8 January 2013
dugaan, sabar, syukur & ganjaran
"Allah pernah cakap, DIA tidak menganiaya hamba-NYA baik yang sengasara atau yang bahagia, asalkan hamba itu bersabar dan bersyukur akan mendapat ganjaran dan pahala yang besar. Dugaan ini untuk kita mendapat ganjaran yang lebih besar sebenarnya..."
~ Menunggu Keretapi oleh Norhayati Berahim, ms:507
Wednesday, 5 December 2012
...kegembiraan (happiness)
RESEPI NASI GORENG KEGEMBIRAAN
Beberapa ulas rasa hormat-menghormati
Secubit rindu
Beberapa keping kasih sayang
Beberapa biji tolak ansur
Tumbuk semua bahan hingga lumat.
Masukkan ke dalam kuali hormat-menghormati.
Tumis sehingga roma wangi kebahagiaan memenuhi ruang dapur.
Apabila bau wangi sudah naik, barulah masukkan nasi kejujuran.
Goreng untuk beberapa minit
sebelum nasi goreng kegembiraan boleh dihidangkan
untuk seisi keluarga dan mereka yang tersayang.
~ Coklat (yang Manis) oleh John Norafizan; ms 384)
Tuesday, 20 November 2012
renung-renungkan...
"...Dr Emato pernah buat satu uji jadi dengan orang Malaysia, di mana kristal air berubaj menjadi amat cantik apabila perkataan bismillah dibacakan pada air. Begitu juga kalau perkataan yang baik diucapkan. Kristal air akan jadi cantik."
"...Kristal masih terbentuk pada tulisan mailaikat tapi pada tulisan hantu, kristal akan terpecah dan di tengah-tengah kelihatan seperti api. Kristal air ini rupanya berubah buruk apabila perkataan buruk disebut."
"Jadi moral cerita ini?" tanya Cinta.
"Kan tubuh manusia ini 70 peratus terdiri daripada air. Jadi jika perkataan maki hamun, mencarut, tengking herdik yang selalu manusia sebut atau dengar, maka air dalam badan manusia akan memberi respons yang tidak harmoni. Sebaliknya jika perkataan yang baik, maka air di dalam tubuh manusia akan harmoni."
Cinta angguk faham. Perlahan-lahan dia membaca bismillah pada teh 'o' ais limaunya sebab tadi dia lupa baca.
~ Urusan Cinta Belum Selesai oleh Imaen (ms: 147)
Monday, 19 November 2012
Sunday, 14 October 2012
bertakwalah...
sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Dia akan bagi jalan keluar...
bahkan Allah akan bagi rezeki yang tak terjangkau dek fikirannya...
~ Anonymous
Friday, 12 October 2012
Allah lebih mengetahui...
Jika itu membuatnya bahagia, aku rela Ya Allah.
Barangkali aku menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukku,
barangkali sesuatu itu aku tidak menyukainya sedangkan ia baik untukku.
Kau yang tahu apa yang terbaik untukku.
Kalau Jodoh Tak Ke Mana; Naurah Iman; ms: 512
Wednesday, 10 October 2012
Bersyukur dengan nikmatNya
Anne pernah beri gelas yang berisi separuh air masak. "Apa yang awak nampak?"
"Water... half cup empty..." Johan jawab mudah sebab soalan tu mudah.
"No... it's half cup full..." Dia kerutkan dari.
Anne kata, jangan selalu lihat apa yang Tuhan belum beri.
Tapi bersyukurlah dengan apa yang Tuhan dah beri.
Jangan Lupa Namaku; Hananee Amir; ms: 385
Saturday, 22 September 2012
Sunday, 16 September 2012
Sunday, 9 September 2012
Sunday, 12 August 2012
Monday, 25 June 2012
Monday, 23 April 2012
Monday, 26 March 2012
Thursday, 19 January 2012
Wednesday, 16 November 2011
Friday, 28 October 2011
Wednesday, 5 October 2011
terima kasih...
"Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu
kerana dia telah membuat hatimu kuat.
Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu
kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.
Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu
kerana dia yg mengasah ketegaranmu.
Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu
kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu"
Saturday, 6 August 2011
kawan berfikir
mengkritik tak bererti menentang
menyetujui tak semestinya menyokong
menegur tidak bermakna membenci
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik...
Friday, 5 August 2011
Cinta Agung!
Cintailah Allah yang Maha Agung.
Ia adalah cinta yang hakiki, sejati dan kekal abadi
yang akan membawa kebahagiaan di dunia dan di Akhirat.
Friday, 8 July 2011
aniaya...
Kita boleh menukar banyak hal menyakitkan yang dilakukan orang lain dengan sesuatu yang lebih hakiki, lebih abadi. Rasa sakit yang timbul kerana perbuatan aniaya dan menyakitkan itu sementara. Pemahaman dan penerimaan tulus daripada kejadian yang menyakitkan itulah yang abadi...
Sumber: Tere Liye ~ Rembulan Tenggelam Di Wajahmu
Wednesday, 6 July 2011
Wednesday, 8 June 2011
Thursday, 26 May 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
















